Omega 3 merupakan sejenis asid lemak tak tepu yang terdiri daripada gabungan DHA,EPA dan asid Linoleik. Ia merupakan asid lemak yang penting yang berfungsi membantu mengekalkan kesihatan dan pertumbuhan yang baik.
Kepentingan pengambilan omega 3 bagi ibu hamil
Bagi ibu-ibu yang sedang hamil pengambilan makanan seimbang adalah penting. Hal ini kerana ibu hamil akan mengalami banyak perubahan dalam tubuhnya dan sebagai persediaan untuk melalui proses kelahiran. Salah satunya ialah pengambilan makanan yang mengandungi omega 3 selain daripada dapat menjaga kesihatan tubuh si ibu ia juga amat bagus untuk tumbesaran janin yang dikandung. Berikut di antara kebaikan dan kepentingan omega 3 buat ibu dan bayi:
1) Mengawal tekanan darah
Semasa hamil isipadu darah yang perlu dipam jantung akan meningkat sebanyak 40%. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan hormon estrogen di dalam tubuh dan menyebabkan jantung perlu bekerja lebih berat. Oleh sebab itu ibu-ibu hamil akan mendapati degupan jantung lebih laju dari sebelum hamil dan cepat berasa letih terutama apabila memasuki trimester ketiga dan ibu hamil sering terdedah kepada risiko tekanan darah tinggi dan serangan jantung walaupun.
Pengambilan omega 3 dapat mencegah dari berlakunya tekanan darah tinggi,mengelakkan thrombosis, melancarkan peredaran darah dan seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung.
2) Membantu tumbesaran dan otak janin
Sistem saraf utama, otak dan saraf tunjang janin telahpun membentuk pada usia seawal minggu ke-5 kehamilan. Pengambilan omega 3 oleh si ibu dapat membantu tumbesaran otak dengan baik kerana kandungan DHA nya telah terbukti sebagai nutrien yang penting dalam menggalakkan pekembangan otak yang cerdas. Tidak hairanlah banyak syarikat pengeluar susu formula bagi bayi berlumba-lumba menggunakan DHA dan EPA sebagai bahan tambah dalam produk keluaran mereka
3) Nutrien penting untuk retina
Retina memerlukan DHA bagi mengekalan fungsinya,oleh itu kekurangannya boleh menjejaskan penglihatan. Penting bagi ibu disaat kehamilannya menjaga kesihatan mata.
4) Membantu dalam keseimbangan emosi
Sepertimana yang kita ketahui, wanita akan mengalami perubahan hormon yang ketara dengan kehadiran janin yang sedang membesar. Adakalanya perubahan ini akan menyebabkan ketidaktentuan perasaan. Si ibu mungkin berasa tertekan dan cenderung mengalami kemurungan. Kehadiran DHA dan EPA dalam omega 3 mempunyai keupayaan dalam menstabilkan emosi dan membantu dalam kesihatan mental seseorang.
5) Memelihara fungsi-fungsi sendi
Paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan dan mencegah arthritis.
6) Mengawal pertambahan berat badan
Pertambahan berat badan adalah normal bagi setiap kehamilan namun ia perlu dalam julat yang dibenarkan...DHA dalam omega 3 dapat membantu meleraikan lemak jahat yang terkumpul dalam tubuh.
Sumber Omega 3
Nutrien penting ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia oleh itu ia perlu diambil dari pemakanan. Di antara sumber yang kaya dengan omega 3 ialah
Ikan herring
Ikan salmon
Ikan sardin
Tiram